Sokongan Terhadap Kabinet Kishida Merosot

2023-11-06 12:46:18  CRI
Share with:

Kadar sokongan terhadap kabinet Jepun diketuai Perdana Menteri Fumio Kishida jatuh kepada 28.3 peratus, paras paling rendah sejak beliau menyandang jawatan itu pada Oktober 2021.

Demikian menurut keputusan tinjauan pendapat umum yang dijalankan agensi berita Kyoto bermula 3 hingga 5 November menerusi panggilan telefon.

Hasil tinjauan mendapati kadar sokongan rakyat Jepun terhadap kabinet Kishida menurun empat mata peratusan berbanding bulan Oktober, manakala kadar tidak menyokong meningkat 4.2 mata peratusan kepada 56.7 peratus untuk tempoh yang sama.

Difahamkan, sejumlah besar rakyat Jepun tidak menerima dasar ekonomi baharu diperkenalkan kabinet Kishida yang dianggap antara punca utama penurunan kadar sokongan itu.