Laporan Keterbukaan Dunia 2023 Disiarkan

2023-11-06 11:46:42  CRI
Share with:

Laporan Keterbukaan Dunia 2023 disiarkan sempena Forum Ekonomi Antarabangsa Hongqiao edisi keenam pada Ahad. 

Menurut laporan itu, Indeks Keterbukaan Dunia mencatat 0.7542 pada tahun lepas, turun 0.4 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Ia menyusuli faktor seperti langkah bukan tarif bertambah, pelaburan langsung rentas sempadan menurun, petikan karya ilmiah di peringkat antarabangsa berkurang dan lain-lain.

Singapura, Jerman, Hong Kong China, Ireland dan Malta merupakan antara entiti ekonomi dengan tahap kerterbukaan tertinggi di dunia. 

Laporan itu disusun oleh Akademi Sains Sosial China (CASS) dan Pusat Penyelidikan Forum Ekonomi Antarabangsa Hongqiao.