Rakyat Turkiye Bantah Dasar AS terhadap Israel

2023-11-06 16:40:50  CRI
Share with:

Ratusan rakyat Turkiye mengadakan demonstrasi di sekitar pangkalan udara Incirlik yang ditempatkan tentera Amerika Syarikat (AS) di tenggara negara itu pada Ahad, sebagai membantah dasar AS terhadap Israel serta menggesa gencatan senjata diwujudkan di Gaza.

Menurut laporan Agensi Berita Anadolu, penunjuk perasaan dari serata Turkiye menuntut AS menghentikan sokongan kepada Israel, di samping membantah pengeboman berterusan Israel di Gaza.

Demonstrasi berkenaan diadakan sempena lawatan Setiausaha Negara AS Antony Blinken yang tiba di Turkiye pada malam Ahad.