Bantu Saudari Sekampung Cari Rezeki di Premis Berdekatan

2023-11-06 15:45:20  CRI
Share with:

Terdapat sebuah kilang pengeluaran barang pembersihan di kampung Wangpeng, bandar Wuhan provinsi Hubei di bahagian tengah China. Kebanyakan pekerjanya yang berkemahiran tinggi merupakan ibu muda yang sebelum ini tidak mempunyai sumber rezeki. Puan Li Qin, pemilik kilang itu yang menyediakan pentas baharu kepada mereka.

Jauh sebelum ini, Li Qin sebagai seorang gadis yang berasal dari kampung yang rajin belajar berjaya meraih peluang untuk melanjutkan pengajian dalam universiti, kemudian berpeluang menjalani kehidupan yang selesa di bandar setelah tamat dari universiti. 

Pada tahun 2016, Li Qin menerima sepucuk surat undangan dari Jawatankuasa Pengurusan Kampung Wangpeng yang mengajaknya balik kampung untuk memulakan kerjaya baharu.

Selepas mengadakan kunjungan dan tinjauan di kampung halamannya, Li Qin mendapati kebanyakan ibu muda setempat bertugas sebagai suri rumah penuh masa tanpa sumber rezeki. Untuk membantu saudari sekampung bersama-sama mencari rezeki, Li Qin memutuskan memindahkan kilang pengeluaran barang pembersihannya dari Wuhan ke tempat asalnya.

Di bawah bantuan Li, ramai suri rumah tempatan berubah menjadi pekerja profesional. Kini, lebih 200 penduduk kampung mendapat peluang kerja di kilang milik Li yang boleh membawa pulangan sebanyak RMB5 juta (RM3.2 juta) kepada mereka.

Sementara itu, Li Qin dan para ibu muda juga giat memperkenalkan produk bercirikan tempatan ke seluruh negara menerusi e-dagang.