Xi Bertemu Timbalan Presiden Afrika Selatan

2023-11-07 13:17:06  CRI
Share with:

China bersedia bekerjasama dengan Afrika Selatan untuk terus memperkaya konotasi perkongsian strategik komprehensif, sekali gus melonjakkan hubungan bilateral ke tahap baharu.

Demikian kata Presiden China Xi Jinping ketika mengadakan pertemuan dengan Timbalan Presiden Afrika Selatan Paul Mashatile di Beijing pada Isnin.

Xi berkata China sudi bersama negara-negara Afrika melaksanakan tiga inisiatif untuk menyokong pengindustrian, pemodenan pertanian dan pembangunan modal insan di Afrika, serta lapan langkah bagi menyokong kerjasama berorientasikan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI).

Beliau berharap agar kedua-dua pihak melaksanakan pelbagai projek kerjasama berstandard tinggi dan mampan yang memberi manfaat kepada rakyat, sekali gus menggalakkan pembinaan komuniti berkongsi nasib China-Afrika pada tahap tinggi.

Sementara itu, Mashatile menzahirkan harapan supaya penyelarasan antara strategi pembangunan Afrika Selatan dengan BRI dipertingkat, selain kerjasama praktikal dalam pelbagai bidang terus diperkasakan.

Afrika Selatan menghargai sumbangan China dalam usaha melindungi kepentingan negara membangun dan menggalakkan kedamaian dunia, dan berharap terus mengukuhkan kerjasama dengan China dalam mekanisme multilateral seperti BRICS, kata beliau.