Xinjiang dalam Mata Wartawan Luar Negara

2023-11-07 16:14:55  CRI
Share with:

Satu rombongan media yang terdiri daripada anggota media dari Agensi Berita Vietnam (VNA), Kenya-Broadcasting-Corporation (KBC TV), STRnews Afghanistan dan Star TV Laos telah membuat liputan di wilayah Xinjiang baru-baru ini.

Dalam tempoh 10 hari itu, wartawan media luar negara telah mengunjungi rumah penduduk kampung, ladang pertanian, bengkel perkilangan tempatan serta studio penstriman e-niaga untuk membuat liputan tentang perincian dan pencapaian berkaitan pelaksanaan skim pembangunan desa China di wilayah itu.

Para wartawan dari rombongan media tersebut mengatakan bahawa mereka dapat mendekati desa dan kehidupan kaum tani di Xinjiang melalui aktiviti kali ini, dan mendapati bahawa keadaan di wilayah itu jauh berbeza dengan laporan dibuat media Barat.

Le Manh Cuong, wartawan VNA telah membuat liputan dalam satu rumah pekebun kurma di kampung Guolewusitang di bawah pentadbiran kaunti Ruoqiang daerah autonomi Bayingol yang berpenduduk etnik Mongolia di Xinjiang. Menurut beliau, penduduk di situ begitu kaya sehingga setiap keluarga mampu memiliki tempat tinggal yang besar dan bersih. Ini sememangnya luar sangkaannya. Selain itu, setiap orang di situ kelihatan berbakat pada tarian dan nyanyian.

Wartawan dari STRnews Afghanistan, Ahsanullah Karimi pula telah mengunjungi kampung Dongliang bandar Yining di daerah autonomi Yili yang berpenduduk etnikKazak untuk membuat liputan berkaitan rumah desa, bengkel aiskrem buatan tangan dan kilang pemprosesan makanan. Beliau berkata, "berbeza dengan laporan media Barat tentang China terutama Xinjiang, apa yang saya nampak di sini adalah kehidupan yang teratur dan mudah. Terdapat makanan dan bangunan cantik di sini. Penduduk tempatan pun ramah mesra seperti rakyat Afghanistan. Penduduk kampung kelihatan menikmati kehidupan yang aman tenteram."