Import dan Eksport China Kekal Mantap

2023-11-07 16:56:06  CRI
Share with:

Jumlah import dan eksport barangan China merekodkan 34.32 trilion yuan (RM21.96 trilion) bagi 10 bulan pertama tahun ini, meningkat 0.03 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas.

Demikian menurut maklumat yang dikeluarkan Jabatan Pentadbiran Am Kastam China (GACC) hari ini.

Dalam pada itu, import dan eksport pada bulan Oktober dicatat sebanyak 3.54 trilion yuan (RM2.26 trilion), naik 0.9 peratus dari tahun ke tahun. 

Ia sekali gus memperlihatkan prestasi bulan ke bulan bagi import dan eksport makin mantap.