Ikatan Persahabatan China, Cuba Kekal Utuh

2023-11-07 11:37:16  CRI
Share with:

Presiden Xi Jinping menyifatkan rasa saling percaya dan ikatan persahabatan yang terjalin antara China dengan Cuba kekal utuh.

Demikian ujar beliau apabila bertemu Perdana Menteri Cuba Manuel Marrero Cruz di Beijing pada Isnin.

Xi berkata China bersedia untuk terus memperdalam kepercayaan politik dan penyelarasan strategik dengan Cuba, di samping menjalankan perbincangan teori dan pertukaran pengalaman mengenai tadbir urus parti dan negara.

“China terus menyokong teguh rakyat Cuba dalam menentang campur tangan dan sekatan asing serta mempertahankan kedaulatan dan maruah negara,” kata Xi.

Sementara itu, Marrero menyatakan pemikiran Presiden Xi mengenai tadbir urus negara merupakan sumber inspirasi dan rujukan penting untuk Cuba dan dunia.

Cuba sudi bekerjasama dengan China untuk menggalakkan pembangunan berkualiti Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) serta memperkasa kolaborasi pragmatik membabitkan pelbagai bidang.