Sidang Kemuncak Wuzhen WIC 2023 Dirasmikan

2023-11-08 13:04:42  CRI
Share with:

Sidang Kemuncak Wuzhen Persidangan Internet Dunia (WIC) 2023 dirasmikan di Wuzhen, provinsi Zhejiang hari ini.

Selain sesi pleno, sebanyak 20 subforum akan diadakan sempena sidang kemuncak itu melibatkan topik-topik seperti Inisiatif Pembangunan Global (GDI), kecerdasan buatan (AI), rangkaian kuasa pengkomputeran dan perlindungan pengguna internet di bawah umur.

Ekspo 'The Light of Internet' antara pengisian utama, telah membuka tirainya pada Selasa.

Lebih 580 perusahaan dari 48 buah negara tampil mempertontonkan teknologi baharu dalam bidang AI, metaverse, data raya, keselamatan siber dan sebagainya melalui hampir 100 aktiviti promosi.