Serangan Sasar Hospital Gaza Tidak Boleh Diterima: WHO

2023-11-08 17:03:53  CRI
Share with:

Sebarang serangan menyasar hospital atau ambulans di Gaza adalah tidak boleh diterima, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Jurucakap WHO Christian Lindmeier berkata keadaan di bawah hospital di Gaza tidak dapat dikenal pasti, namun bangunan hospital penuh sesak ekoran kebanjiran pesakit serta mereka yang memerlukan bantuan.

Menurut beliau, hanya lapan buah lori WHO yang membawa bekalan perubatan masuk ke Gaza setakat ini.

Lindmeier dalam sidang media di Geneva pada Selasa turut menyeru supaya sekatan terhadap bantuan perubatan untuk Gaza dibatalkan serta-merta.