Warisan Budaya Tidak Ketara Pakistan Curi Tumpuan Sempena CIIE-6

2023-11-08 22:15:59  CRI
Share with:

Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ke-6 membuka tirainya di Pusat Konvensyen Negara di Shanghai pada 5 November lalu.

Lampu kulit unta, warisan budaya tidak ketara dari Pakistan buat kali pertama ditunjukkan dalam ekspo tersebut.

Untuk rekod, lampu kulit unta mempunyai sejarah lebih 900 tahun dan merupakan warisan budaya tidak ketara yang di ambang kepupusan pada masa ini.