Job Fair di Guangxi Sasarkan Pasaran Sumber Manusia China-ASEAN

2023-11-08 22:22:45  CRI
Share with:

Satu job fair diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Nanning, wilayah Guangxi pada 4 November lalu. Job fair ini menyediakan ruang khas pekerjaan komprehensif ASEAN, dengan tawaran lebih 20,000 peluang pekerjaan, dan menarik kunjungan lebih 35,000 penduduk tempatan.

Job fair tersebut merupakan salah satu sesi penting daripada Forum Kerjasama dan Penerokaan Sumber Manusia China-ASEAN 2023 yang juga Ekspo Perkhidmatan Sumber Manusia China-ASEAN.