China Kekal 'Balast' Ekonomi Dunia

2023-11-09 12:09:40  CRI
Share with:

China akan kekal sebagai balast dan sumber momentum untuk pertumbuhan ekonomi dunia, kata jurucakap Kementerian Luar Wang Wenbin.

Beliau berkata China akan terus menggerakkan keterbukaan pada tahap tinggi, memacu pembangunan berkualiti, berkongsi peluang baharu dengan negara lain menerusi modenisasi, sekali gus memberi sumbangan lebih besar kepada pemulihan ekonomi serta pembangunan dan kemakmuran dunia.

Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) pada Selasa menaikkan unjuran pertumbuhan ekonomi China bagi tahun ini dan tahun depan kepada 5.4 peratus dan 4.6 peratus, menokok 0.4 mata peratusan berbanding unjuran bulan Oktober.

Sehubungan itu, Wang berkata sejak awal tahun ini, ekonomi China memaparkan daya tahan, potensi serta kedinamikan yang kuat meskipun berdepan persekitaran luaran kompleks seperti pemulihan ekonomi global yang lembap dan kadar inflasi yang tinggi.

"Kami (China) terus mengoptimumkan struktur perindustrian, mempercepat transformasi penjana lama kepada baharu, di samping meneroka sektor baharu dan kelebihan baharu dalam pembangunan," ujar beliau semasa sidang media di Beijing pada Rabu.