Xi Ucap Tahniah Ulang Tahun ke-70 Kemerdekaan Kemboja

2023-11-09 16:29:39  CRI
Share with:

Presiden China Xi Jinping mengutus kawat tahniah kepada Raja Kemboja Norodom Sihamoni sempena ulang tahun ke-70 kemerdekaan negara itu pada Khamis.

Xi berkata rakyat Kemboja mengekalkan jalan pembangunan yang selaras dengan keadaan negara sendiri dan melakar kejayaan baharu dalam pembangunan negara pada beberapa tahun kebelakangan ini. 

Sebagai negara jiran bersahabat tradisional, China akan terus menyokong teguh Kemboja dalam memelihara kestabilan, memacu pembangunan dan menambah baik kehidupan rakyat.

Beliau turut menzahirkan hasrat mahu bersama Raja Sihamoni memperkasa panduan strategik untuk hubungan bilateral dan membina komuniti berkongsi nasib China-Kemboja yang berkualiti, bertaraf dan berstandard tinggi pada era baharu.

Pada hari sama, Xi yang juga Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) turut mengutus kawat tahniah kepada Presiden Parti Rakyat Kemboja (CPP) Samdech Techo Hun Sen.