Rundingan Iklim China, AS Buahkan Hasil Positif

2023-11-09 16:27:21  CRI
Share with:

Rundingan China dan Amerika Syarikat (AS) berkaitan isu iklim selesai diadakan di California pada Rabu.

Menerusi pertukaran pendapat secara menyeluruh dan mendalam, rundingan itu membuahkan hasil positif mengenai kerjasama bilateral untuk menangani perubahan iklim dan menjayakan sesi ke-28 Persidangan Pihak-Pihak Pemeterai (COP28) Konvensyen Kerangka Kerja Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).