Majlis Penyerahan Barang Bantuan China kepada Nepal

2023-11-09 15:58:00  CRI
Share with:

POKHARA, 8 November - Barang bantuan kemanusiaan untuk mangsa bencana gempa bumi Nepal yang dihulurkan oleh kerajaan China telah diangkut dua pesawat pengangkut Y-20 milik Tentera Udara China ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pokhara, Nepal semalam.

Majlis penyerahan barang bantuan yang merangkumi 600 khemah kapas dan 4,600 selimut itu disaksikan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Nepal, Bishnu Pukar Shrestha dan Duta Besar China ke Nepal, Chen Song.

Chen Song berkata, tindakan China dan Nepal yang bantu-membantu mencerminkan persahabatan kedua-dua negara.

Sementara itu, Shrestha mengucapkan terima kasih kepada kerajaan dan rakyat China. Beliau berkata, China selalu menyokong pembangunan ekonomi Nepal dan menyediakan bantuan kepada negaranya pada masa yang kritikal. Pihaknya akan mengedarkan barangan itu kepada kawasan bencana dengan secepat mungkin.

Untuk rekod, gempa bumi berukuran 6.4 pada skala Richter telah melanda Jajarkot dan Daerah Barat Rukum pada Jumaat lalu, meragut 153 nyawa dan mengakibatkan 349 cedera serta menjadikan 35,000 rumah terkesan atau musnah setakat Selasa.

Setelah gempa bumi itu berlaku, kerajaan China cepat melakukan gerak kerja bantuan, dan sudah menyerahkan barangan kumpulan pertama melibatkan khemah dan selimut ke Nepal pada Isnin.