WIC: Laporan Pembangunan Internet Disiarkan

2023-11-09 14:35:19  CRI
Share with:

Laporan Pembangunan Internet China 2023 disiarkan sempena berlangsungnya Sidang Kemuncak Wuzhen Persidangan Internet Dunia (WIC) di Wuzhen, provinsi Zhejiang pada Rabu.

Menurut laporan itu, skala ekonomi digital China meningkat daripada 11 trilion yuan (RM7.01 trilion) kepada 50.2 trilion yuan (RM32.2 trilion) dalam tempoh sedekad lalu.

Lonjakan besar juga dicapai dalam infrastruktur rangkaian China, menyaksikan purata kelajuan muat turun jalur lebar meningkat hampir 40 kali ganda dan rangkaian komunikasi bergerak beralih daripada 3G kepada 5G sehingga membentuk jaringan 5G terbesar di dunia.

Setakat September tahun ini, sebanyak 3.189 juta stesen pemancar 5G siap dibina di China dengan jumlah pengguna telefon bimbit 5G mencecah 737 juta orang.

Dari Disember 2012 hingga Jun 2023, bilangan netizen di China bertambah daripada 564 juta kepada 1.079 bilion.

Laporan Pembangunan Internet Dunia 2023 turut disiarkan secara serentak sempena sidang kemuncak itu.