Gunung Berapi Dukono Meletus

2023-11-09 13:01:54  CRI
Share with:

Gunung berapi Dukono di Pulau Halmahera, Indonesia meletus pada pukul 6.42 pagi Khamis.

Menurut Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi Indonesia (PVMBG), gunung berapi di provinsi Maluku Utara itu meletup selama 42 saat, menyebabkan kepulan abu besar menjulang sehingga mencecah 1,000 meter ke langit.

Terdapat lapan kampung berhampiran terjejas akibat debu gunung berapi, dan pengembara diingatkan agar menjauhkan diri daripada melakukan aktiviti mendaki di kawasan gunung berkenaan.