Hampir 600 Persetujuan Kerjasama Tercapai dalam CIIE 2023

2023-11-09 11:51:29  CRI
Share with:

   

Ekspo Import Eksport Antarabangsa China (CIIE) 2023 yang berlangsung di bandar Shanghai sekarang ini telah menyaksikan tercapainya hampir 600 persetujuan kerjasama. Sementara itu, lebih 60 buah syarikat dan institusi telah menandatangani kontrak bagi menyewa gerai pameran seluas 40,000 meter persegi lebih untuk CIIE tahun depan. 

Dalam pameran profesional, tayangan perdana produk, teknologi dan perkhidmatan baharu di peringkat global, Asia atau China telah menjadi tumpuan. Aktiviti “kunjungan jelajah usahawan syarikat multinasional ke balai pameran” yang dianjurkan buat pertama kalinya menarik kehadiran lebih 160 orang pegawai kanan dari hampir 100 buah syarikat multinasional yang berminat merasai suasana dinamik dan mencari peluang dalam pasaran gergasi di China.  

Selain itu, di zon pameran bertemakan sosiobudaya, Malaysia, Indonesia, Sepanyol, Republik Korea, New Zealand dan Fiji serta 31 kerajaan daerah China menganjurkan pameran dan pertunjukan yang menarik.