Projek Fotovoltaik Terapung yang Terbesar di Asia Tenggara Beroperasi
Projek fotovoltaik empangan Cirata yang dibina oleh syarikat China mula beroperasi di Jawa Barat, Indonesia semalam.
Upacara pembukaan projek yang juga disebut PLTS Terapung Cirata itu disempurnakan dengan kehadiran Presiden Indonesia, Jokowi.
Beliau berkata, sudah berakhir sejarah Indonesia menanti-nantikan satu projek janakuasa elektrik yang besar dengan menggunakan sumber tenaga alternatif. Pihaknya akan terus meneroka potensi sumber tenaga boleh baharu demi memperjuangkan matlamat pelepasan karbon sifar menjelang 2060.
Zhang Huizhong, pengurus Syarikat Kejuruteraan Huadong Kumpulan Power China (HDEC) bagi PLTS Cirata yang berkapasiti 192 megawatt (MW), memaklumkan bahawa jumlah penjanaan elektrik tahunan projek fotovoltaik terapung yang terbesar di Asia Tenggara itu dijangka akan mencapai 300 ribu MW / jam yang sanggup membekalkan tenaga elektrik untuk kegunaan lebih kurang 50 ribu isi rumah.
Sementara itu, pengoperasian projek tersebut dapat membantu menjimatkan arang batu sebanyak 117 ribu tan, sekali gus mengurangkan CO2 sebanyak 214 ribu tan, SO2 9 ribu tan dan NOx 4,500 tan pada setiap tahun.