China, Malaysia Komited Eratkan Hubungan Bilateral
China bersedia berusaha bersama dengan Malaysia untuk menyuntik konotasi dan momentum baharu ke dalam perkongsian strategik komprehensif kedua-dua negara, kata Naib Presiden China Han Zheng di sini pada Khamis.
“Tahun ini menandakan ulang tahun ke-10 Perkongsian Strategik Komprehensif China-Malaysia. Presiden Xi Jinping dan Perdana Menteri Malaysia telah mencapai kata sepakat penting untuk bersama-sama membina komuniti berkongsi nasib China-Malaysia. Ini telah menggariskan rangka tindakan untuk perkembangan hubungan dua hala pada era baharu.
“China menyifatkan Malaysia sebagai sahabat yang boleh dipercayai dan rakan strategik yang penting, dan sentiasa menyokong Malaysia dalam memilih jalan pembangunan yang sesuai dengan keadaan negaranya sendiri, serta bersedia besama dengan Malaysia saling menyokong dalam menangani isu-isu yang berkaitan dengan kepentingan teras bersama.
“China juga bersedia besama dengan Malaysia untuk merancakkan pembinaan bersama yang berkualiti tinggi dalam kerangka Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), menggalakkan pertukaran yang lebih erat pada semua peringkat antara kedua-dua negara, dan memperluaskan kerjasama dalam bidang ekonomi dan perdagangan, kebudayaan, pelancongan, pendidikan, sains dan teknologi untuk merapatkan hubungan silaturahim di kalangan rakyat,” kata Han.
Anwar pula berkata, hubungan Malaysia-China bersifat istimewa dan strategik.
“Malaysia menyokong konsep dan inisiatif anjuran China seperti pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama insan dan BRI.
“Malaysia bersedia memperkasa kerjasama dengan China dalam pelbagai bidang, dan mengalu-alukan perusahaan China untuk melabur dan menjalankan perniagaan di Malaysia demi kemakmuran dan pembangunan bersama,” kata beliau.
Semasa pertemuan dengan Yang di-Pertuan Agong Malaysia. Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah di Kuala Lumpur pada hari yang sama, Han berkata, tahun depan merupakan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik China-Malaysia.
“China bersedia berusaha sama dengan Malaysia untuk mengeratkan hubungan dua hala.
“Dengan berpandukan pembinaan bersama komuniti berkongsi nasib, China bersedia bekerjasama dengan Malaysia bagi memacu pembinaan bersama yang berkualiti tinggi di bawah BRI, saling menyediakan bantuan dalam mendorong pelaksanaan rancangan pembangunan negara masing-masing, dan menambah konotasi baharu ke perkongsian strategik komprehensif antara kedua-dua negara.
“China sentiasa menjunjung konsep berunding bersama, membangun bersama dan berkongsi bagi memperincikan kerjasama dengan negara jiran, dan bersedia memperkasa kerjasama praktikal dalam pelbagai bidang dengan negara anggota ASEAN, termasuk Malaysia untuk menggalakkan kemakmuran dan pembangunan yang stabil dan mampan di rantau ini,” kata Han.
Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah pula bertitah, pertumbuhan ekonomi China yang kukuh telah memacu pembangunan negara anggota ASEAN.
“Malaysia bersedia meningkatkan tahap kerjasama dua hala demi kesejahteraan rakyat kedua-dua negara,” titah Baginda.