Forum Pewarisan Tamadun dan Pembangunan Modenisasi di Beijing

2023-11-10 11:25:13  CRI
Share with:


Forum Interaksi Tamadun dan Pembangunan Global yang bertemakan "pewarisan tamadun dan pembangunan modenisasi" yang berlangsung di Beijing sekarang ini, diserikan dengan kehadiran seramai 150 orang tokoh politik, usahawan, pakar Think Tank dan sarjana dari lebih 30 buah negara dan kawawsan.

Presiden New Development Bank (NDB), Dilma Rousseff menyatakan bahawa pembangunan globalisasi bukan sahaja dapat mendorong ekonomi antarabangsa dan memacu pengeluaran, malah kondusif bagi dialog dan pencapaian kata sepakat terhadap masalah sosial dan iklim. 

"Penyelesaian masalah dunia memerlukan sikap menolak amalan dwistandar dan fahaman hegmoni, mekanisme tadbir urus global yang multilateral, adil dan rasional, prinsip menghormati kepelbagaian sistem politik dan tamadun serta keinsafan dan penghargaan terhadap khazanah tamadun yang pelbagai di dunia, " ujar beliau. 

Bekas Perdana Menteri Belgium, Yves Leterme pula berkata, China dan Kesatuan Eropah (EU) sebagai dua entiti utama di pentas dunia memainkan peranan penting dalam menentukan masa depan global. Beliau menyanjung tinggi Inisiatif Pembangunan Global (GDI), Inisiatif Keselamatan Global (GSI) dan Inisiatif Peradaban Global (GCI), dan yakin semua inisiatif tersebut akan memberi manfaat bagi meningkatkan kerjasama dan interaksi pelbagai negara serta mendorong pembaharuan tadbir urus dalam senario global.

Forum semalam tiga hari ini merangkumi tiga komponen yang masing-masing bertema "interaksi dan saling belajar tamadun China-Eropah", "pembangunan modenisasi dan pembinaan daya pimpinan China-Asia Tengah", "interaksi tamadun China-Arab dan pembangunan modenisasi", serta satu sesi interaksi meja bulat.