Teknik Menyulam Bantu Orang Etnik Dong Jana Pendapatan

2023-11-10 15:03:39  CRI
Share with:

Sebanyak 45 wanita lulus dari kursus latihan teknik menyulam di Kaunti Autonomi Etnik Dong Sanjiang, wilayah Guangxi pada 1 November lalu.

Pada beberapa tahun kebelakangan ini, kerajaan kaunti Sanjiang memberikan latihan teknik menyulam kepada penduduk tempatan dan membantu mereka meningkatkan kemahiran pekerjaan.

Langkah ini bukan sahaja meningkatkan pengembangan warisan budaya tidak ketara tersebut, malah juga membantu penduduk tempatan menambah pendapatan masing-masing.