Kerjasama dan Terbuka, Topik Utama Sidang Tahunan Forum Financial Street

2023-11-10 15:27:27  CRI
Share with:

Bertemakan "Better China, Better World: Enhance Financial Openness and Cooperation for Shared Growth and Mutual Benefits", sidang tahunan Forum Financial Street 2023 membuka tirai di Beijing pada Rabu.

Lebih 400 tetamu dari 30 negara dan wilayah menyertai sidang tahunan kali ini untuk membincangkan kaedah memperkasakan kerjasama antarabangsa demi menggalakkan pembangunan ekonomi dunia.

Para peserta berpendapat bahawa ekonomi dunia kekurangan momentum untuk memulih pada masa akan datang, dalam konteks dunia menghadapi ketidaktentuan dan cabaran, seperti persaingan geopolitik, kesan kumulatif daripada pengetatan kecairan di dunia, potensi risiko kewangan, cuaca ekstrem dan sebagainya.

Naib Gabenor Bank Rakyat China, Xuan Changneng ketika berucap pada forum itu menyatakan, globalisasi ekonomi adalah trend sezaman dan aspirasi bersama rakyat seluruh dunia. Oleh itu, membuka pintu, bekerjasama dan sama menang adalah pilihan yang paling bijak.

"Untuk menghadapi situasi antarabangsa yang kompleks, kami bersedia mengukuhkan dialog dan meningkatkan kerjasama dengan pelbagai negara, terutamanya dalam bidang penting seperti pertumbuhan ekonomi, pencegahan risiko, ekonomi digital, pembangunan hijau, dan perubahan iklim, agar bersama-sama mendorong pertumbuhan ekonomi global dan menjaga kestabilan kewangan," kata gabenor bank pusat China itu.