Kapal Filipina Masuki Perairan Terumbu Ren'ai secara Haram

2023-11-10 15:03:03  CRI
Share with:

Dua kapal pengangkut bersaiz kecil dan tiga kapal pengawal pantai Filipina memasuki perairan sekitar Terumbu Ren'ai, Kepulauan Nansha China tanpa mendapat keizinan kerajaan negara ini pada Jumaat.

Jurucakap Pengawal Pantai China (CCG) Gan Yu berkata, pihaknya menjalankan penyelian dan tindakan kawalan terhadap kapal-kapal terbabit serta membuat aturan sementara terhadap pengangkutan makanan dan barang kegunaan harian oleh pihak Filipina.

Jurucakap itu menyifatkan tindakan Filipina tersebut sebagai mencabuli kedaulatan wilayah China dan melanggar Deklarasi Tatalaku Pihak-pihak Berkepentingan di Laut China Selatan (DoC). Filipina digesa menghentikan tindakan seumpama dengan segera.