China, Jepun Ikrar Baik Pulih Hubungan

2023-11-10 15:33:55  CRI
Share with:

Ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), Wang Yi mengadakan pertemuan dengan Penasihat Khas Kabinet Jepun dan Ketua Setiausaha Sekretariat Keselamatan Negara Jepun, Takeo Akiba di Beijing pada Khamis.

Rundingan Mekanisme Dialog Politik Peringkat Tinggi China-Jepun turut diadakan.

Dalam pertemuan tersebut, Wang yang juga Ketua Pejabat Jawatankuasa Hal Ehwal Luar Jawatankuasa Pusat PKC menghuraikan pendirian China mengenai hubungan China dan Jepun pada masa ini, dan menyatakan pendekatan betul untuk membaik pulih serta mengembangkan hubungan dua hala.

Kedua-dua pihak mengulangi pendirian untuk menaati prinsip empat dokumen politik, bersama-sama menggalakkan hubungan bilateral kembali ke landasan pembangunan yang sihat dan stabil.

Wang dan Akiba bersetuju untuk mengekalkan komunikasi mengenai perkara tersebut.

Sementera itu, Wang juga menjelaskan pendirian dan keprihatinan China berhubung pelepasan air sisa radioaktif dari Loji Fukushima ke Laut, isu Taiwan dan sejarah.

Beliau menggesa Jepun supaya menterjemahkan kenyataan yang bersedia membaik pulih hubungan dengan China ke dalam tindakan konkrit dengan secepat mungkin.