Kehidupan Rakyat di Luar Bandar, Tumpuan Tinjauan Xi di Kawasan Terjejas Banjir

2023-11-11 17:06:50  CRI
Share with:


Presiden China Xi Jinping megadakan tinjauan ke kawasan luar bandar yang terjejas banjir pada tiga bulan lepas di Beijing dan provinsi Hebei, pada Jumaat.

Dalam pada itu, jaminan kehidupan yang sejahtera dan selesa untuk penduduk tempatan pada musim sejuk menjadi tumpuan tinjauan beliau tersebut.

Pemulihan pengeluaran pertanian antara usaha penting dalam pembangunan pasca banjir.

Apabila turun padang untuk melihat sendiri keadaan pertumbuhan tanaman, Xi berkata bahawa tuaian hasil pertanian bukan sahaja berkaitan langsung dengan pendapatan kaum tani, tetapi juga berkaitan dengan keselamatan bahan makanan negara.

Beliau juga menziarahi rumah penduduk tempatan, di samping menekankan perkhidmatan pemanasan perlu disediakan untuk setiap isi rumah.

Beliau juga menjejakkan kaki ke pasar raya untuk melihat urus niaga di sana, dan menuntut kerajaan pelbagai peringkat supaya mengambil pelbagai langkah untuk membantu penduduk dan syarikat mengatasi kesulitan.

Apabila membuat tinjauan di fasiliti tali air dan projek tebatan banjir, Xi berkata kemudahan pencegah banjir seperti takungan air perlu dibina dan digunakan dengan baik, sementara piawaian daya tahan banjir membabitkan jalan dan bangunan di kawasan pergunungan perlu ditambah baik demi meningkatkan keupayaan menangani bencara banjir.