He Lifeng Temui Janet Yellen

2023-11-11 15:43:01  CRI
Share with:

Naib Perdana Menteri yang juga ketua wakil pihak China bagi urusan ekonomi dan perdagangan China-Amerika Syarikat (AS) He Lifeng melakukan lawatan ke AS pada 8 hingga 12 November. 

Dalam rangka lawatan itu, He dan Setiausaha Perbendaharaan AS Janet Yellen telah mengadakan rundingan beberapa kali, bertukar-tukar pandangan mengenai isu-isu yang menjadi perhatian bersama seperti hubungan ekonomi antara China dengan AS, ekonomi makro dunia, tindak balas terhadap cabaran global, dan sebagainya.

Dalam rundingan tersebut, pihak China telah menyatakan keprihatinan terhadap sekatan perdagangan AS ke atas China, kekangan negara itu ke atas perusahaan China, kawalan eksport serta kenaikan tarif terhadap China.

AS diingat supaya mengambil tindakan konkrit sebagai respons kepada keprihatinan China tersebut.

Kedua-dua pihak bersetuju untuk meningkatkan komunikasi, mencari konsensus, dan mengawal perselisihan pendapat, demi mengelakkan pergeseran menjadi lebih buruk akibat kesalahfahaman.

Dalam pada itu, kedua-dua pihak bersetuju untuk menubuhkan kumpulan kerja kewangan dan ekonomi yang diketuai oleh pegawai peringkat naib menteri, secara langsung melapor kepada ketua wakil urusan ekonomi dan perdagangan masing-masing.

Kedua-dua pihak menekankan bahawa China dan AS tidak mengejar "cantas hubungan" ekonomi, dan mengalu-alukan hubungan ekonomi yang sihat, untuk menyediakan persekitaran persaingan yang sama rata kepada perusahaan dan pekerja, demi menambah baik kesejahteraan rakyat kedua-dua negara.

Selain bersama menghadapi cabaran seperti pertumbuhan ekonomi, kestabilan dan peraturan kewangan, China dan AS juga komited menjalankan kerjasama dalam isu ekonomi yang berkaitan dengan perubahan iklim, golongan berpendapatan rendah, dan masalah hutang entiti ekonomi baru muncul.

Di samping itu, kedua–dua pihak bersetuju untuk mengukuhkan kerangka kewangan antarabangsa, meningkatkan pengaruh anggota-anggota lain dari Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), mendorong pembaharuan bank pembangunan multilateral supaya menjadi lebih baik, kuat dan berkesan.