MFA Dedah Butiran Pertemuan Xi, Biden

2023-11-11 14:37:42  CRI
Share with:

Pemimpin China dan Amerika Syarikat (AS) akan mengadakan perbincangan mendalam mengenai isu-isu membabitkan hubungan dua negara serta kedamaian dan pembangunan dunia.

Demikian dikatakan jurucakap Kementerian Luar (MFA) China berikutan pengumuman mengenai pertemuan Presiden China Xi Jinping dengan rakan sejawatnya Joe Biden di San Francisco, pada Jumaat.

Menyentuh tentang kehadiran Xi pada mesyuarat pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC), jurucakap berkenaan berkata pendirian China berhubung pemerkasaan kerjasama Asia Pasifik serta pemacuan pertumbuhan ekonomi serantau dan dunia akan diperjelaskan melalui ucapan Presiden Xi.

Menurut jurucakap itu, semua pihak diharap supaya ingat akan niat asal kerjasama Asia Pasifik, mengutamakan keperluan mendesak rantau ini, dan mengukuhkan lagi solidariti dan kolaborasi.

Pihak terbabit dinasihat supaya memantapkan pelaksanaan Visi Putrajaya 2040 secara menyeluruh dan seimbang, mendorong mesyuarat berkenaan mencapai hasil positif, agar menyuntik momentum baharu kepada pertumbuhan Asia Pasifik dan dunia, serta berganding bahu ke arah komuniti berkongsi nasib Asia Pasifik.