Filipina Digesa Hentikan Provokasi di Laut

2023-11-11 15:18:08  CRI
Share with:

Dua kapal pembekal dan tiga kapal pengawal pantai Filipina memasuki perairan sekitar Terumbu Ren'ai, Kepulauan Nansha China menceroboh teruk kedaulatan negara ini, kata jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin dalam sidang media pada Jumaat.

Menurutnya, Pengawal Pantai China (CCG) telah menjalankan tindakan yang perlu terhadap kapal Filipina, sementera Kementerian Luar telah mengemukakan bantahan terhadap kedutaan besar Filipina di China.

Beliau menegaskan, Filipina 'mengandaskan' kapal perangnya di Terumbu Ren'ai dan cuba membaiki dan mengukuhkan kapal tersebut bagi menduduki terumbu itu secara berkekalan.

Amalan Filipina itu melanggar teruk undang-undang antarabangsa dan Deklarasi Tatalaku Pihak-pihak Berkepentingan di Laut China Selatan (DoC) yang dimeterai China dan negara-negara ASEAN.

Filipina digesa menghentikan provokasi di laut dan menunda keluar kapal perang itu dari  Terumbu Ren'ai dengan secepat mungkin.