Hantaran Ekspres Sempena Pesta "11.11" Cecah 639 Juta

2023-11-12 15:47:24  CRI
Share with:

Sebanyak 5.26 bilion bungkusan ekspres dikendalikan syarikat hantaran ekspres di seluruh negara dari 1 hingga 11 November, dan angka ini meningkat 23.22 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas, menurut data statistik Biro Pos Negara (SPB).

Antaranya, jumlah kendalian bungkusan ekspres pada hari Pesta Beli-belah 11 November ("11.11") mencecah 639 juta, menokok 15.76 peratus dari tahun ke tahun.