Latihan Bersama "Aman Youyi - 2023" Bakal Diadakan

2023-11-13 15:40:43  CRI
Share with:

Latihan tentera bersama "Aman Youyi - 2023" yang disertai tentera China, Malaysia, Kemboja, Laos, Thailand dan Vietnam akan diadakan di Zhanjiang, provinsi Guangdong China pada pertengahan dan penghujung bulan November.

Latihan siri ini dengan topik "tindakan ketenteraan bersama untuk menentang keganasan dan memelihara keselamatan maritim", buat pertama kali diadakan di China, dengan tujuannya memperhebat kemampuan pelbagai pihak dalam mengambil tindakan anti-keganasan di bandar dan anti-keganasan serta anti-lanun di perairan, terus memupuk rasa saling percaya dalam bidang ketenteraan dan memperincikan kerjasama praktikal demi pemeliharaan kedamaian dan kestabilan serantau.