Pertemuan Pemimpin China, AS Diharap Perkasa Kerjasama Bilateral demi Manfaat Dunia

2023-11-13 15:17:45  CRI
Share with:

Hubungan China-Amerika Syarikat (AS) menunjukkan trend penambahbaikan berikutan pertukaran kian banyak dalam kalangan rakyat, dan pertukaran rasmi juga tidak ketinggalan. Rundingan kedua-dua pihak baru-baru ini mengenai dasar luar, hal ehwal maritim, isu perubahan iklim, kawalan senjata dan percambahan nuklear dan dialog ekonomi dan perdagangan pusingan baharu memberi isyarat positif tentang hubungan dua hala semakin stabil dan juga meletakkan asas bagi pertemuan pemimpin kedua-dua negara di San Francisco  pada minggu ini.

Ini merupakan pertemuan secara bersemuka pertama antara pemimpin kedua-dua negara sejak pertemuan mereka di Pulau Bali pada tahun lepas. Kedua-dua pihak akan menjalankan pertukaran secara mendalam mengenai isu-isu hubungan bilateral yang bersifat strategik, komprehensif dan menggariskan hala tuju perkembangan, serta isu-isu yang berkaitan dengan keamanan dan pembangunan dunia.  Semua negara menanti-nantikan pertemuan pemimpin China-AS di San Francisco kali ini memberi tumpuan kepada kerjasama dan mencapai hasil yang menggalakkan.

"Kembali ke konsensus yang tercapai di Bali" merupakan kunci bagi menjadualkan pertemuan pemimpin negara China-AS di San Francisco nanti. Ranjau duri yang wujud dalam hubungan China-AS sepanjang tahun lalu berpunca dari sikap cuai dalam melaksanakan konsensus tersebut. Pentadbir AS mengamalkan dasar yang salah berkaitan China berdasarkan keinsafan yang salah. Pada separuh pertama tahun ini, pihaknya pernah menembak jatuh belon China dengan tindakan menyalahgunakan kekerasan dan reaksi melampau, mengizinkan pemimpin Taiwan China Tsai Ing-wen "transit" di negaranya, bahkan mengenakan kawalan eksport membabitkan produk semikonduktor terhadap China. Kesemua tindakan AS tersebut dilihat membelakangi konsensus yang tercapai oleh pemimpin kedua-dua negara, dan menjadikan kepentingan China terjejas beserta proses dialog sesama negara terputus.

Sejak lawatan Setiausaha Negara AS Antony Blinken ke China pada bulan Jun, AS sudah pun menunjukkan sikap mahu meredakan ketegangan dalam hubungannya dengan China, dan menyedari bahawa tindakan yang membendung dan menindas China tidak berhasil, sebaliknya kerjasama dengan China sangat diperlukan untuk menyelesaikan isu perubahan iklim, isu hangat serantau, dan isu pemulihan ekonomi AS. Dengan ini, pihak AS terpaksa kembali kepada konsensus dan agenda yang tercapai di Bali. 

Bertindak dan bukan bercakap merupakan yang menentukan konsensus yang tercapai di Bali dapat membuahkan hasil atau tidak. Antaranya, isu Taiwan merupakan teras dalam kepentingan teras China dan garis merah yang tidak boleh dilanggar dalam hubungan China-AS. Baru-baru ini, pihak AS sekali lagi membuat kenyataan bahawa pihaknya konsisten dalam pelaksanaan dasar Satu China dan tidak menyokong "kemerdekaan Taiwan". Di samping itu, pegawai AS juga berulang kali menegaskan "tidak mencantas hubungan dengan China" kerana "ia akan membawa malapetaka kepada kedua-dua negara bahkan dunia." Kenyataan AS tersebut patut diterjemahkan ke tindakan praktikal.

China dan AS mempunyai satu pertiga keseluruhan ekonomi dunia, satu perempat populasi dunia dan satu perlima keseluruhan perdagangan dunia. Perkembangan hubungan kedua-dua negara berkait rapat dengan masa depan dan nasib umat manusia. Orang ramai juga berharap komunikasi secara mendalam pemimpin kedua-dua negara mengenai isu-isu utama yang berhubung dengan keamanan dan pembangunan dunia pada pertemuan pemimpin China-AS di San Francisco nanti dapat memberi manfaat kepada seluruh dunia.