BRI Bawa Peluang Penting bagi Pembangunan Negara Kepulauan Pasifik

2023-11-13 15:56:20  CRI
Share with:

Pembangunan bersama dalam kerangka Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) akan membawa peluang penting kepada negara-negara kepulauan sepanjang pelaksanaan Gagasan Pasifik Biru 2050.

Demikian ditegaskan Utusan Khas China bagi Hal Ehwal Negara-negara Kepulauan Pasifik, Qian Bo pada Forum Negara-negara Kepulauan Pasifik Ke-52 di Avarua, Kepulauan Cook pada Jumaat lalu.

Qian Bo telah menjelaskan empat aspek yang dihormati China dalam pelaksanaan dasar tentang perkembangan hubungan persahabatan dengan negara-negara kepulauan Pasifik, dan memaklumkan hasilan melimpah yang dicapai dalam Forum peringkat Tinggi Inisiatif Jalur dan Laluan (BRF) Ke-3, khususnya lapan tindakan berhubung pembangunan berkualiti tinggi di bawah BRI.

"China akan terus meningkatkan tahap keterbukaan, memperdalam kerjasama dalam kerangka BRI, dan mengoptimumkan peranan Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE), serta enam wahanakerjasama melibatkan barangan kecemasan, penanganan perubahan iklim, pembanterasan kemiskinan, pencegahan dan pengurangan bencana, pertanian dan Juncao (rumput untuk kegunaan pemupukan cendawan), agar membentuk satu komuniti berkongsi nasib," ujar Qian.