Dekati Ladang Pertanian Eko di Shanghai

2023-11-13 11:44:28  CRI
Share with:

Shanghai, bandar raya di timur China, menduduki tangga teratas dalam ranking bandar China dari segi agregat ekonomi selama bertahun-tahun. 

Selain prestasi cemerlang dalam bidang ekonomi, kewangan, perdagangan, dan perkapalan, Shanghai juga tidak ketinggalan dalam sektor pertanian.

Sejak akhir-akhir ini, beberapa ladang moden berskala besar telah dibina di daerah Jinshan di pinggir bandar Shanghai, menggunakan teknologi terkini dalam penanaman dan penternakan, sehingga membina ladang-ladang itu menjadi taman ekspo pertanian.

Taman Ekspo Pertanian Jiufeng mempunyai rumah hijau pertanian pintar moden terbesar dan berfungsi paling lengkap di Asia, iaitu 100,000 meter persegi dalam satu unit. Sebanyak lebih 100 jenis sayuran solanaceous ditanam di sini, dengan jumlah pengeluaran harian mencapai 5 hingga 6 tan, selain jualan tahunan melebihi RMB100 juta (RM64 juta).

Dalam pada itu, taman ini antara pangkalan demonstrasi eksperimen Pusat Standard Kualiti Sayuran Kebangsaan, robot memetik, meronda dan mengangkat demi mempromosikan pembinaan ladang tanpa petani, selain menjadi destinasi pelancongan popularisasi sains pertanian di Shanghai.