Laluan Kereta Api Dohazari-Cox's Bazar Dorong Pembangunan Ekonomi Bangeladesh

2023-11-13 12:42:03  CRI
Share with:

Upacara perasmian laluan kereta api Dohazari-Cox's Bazar, yang dibina dengan kerjasama syarikat China diadakan di Cox's Bazar, Bangladesh pada 11 November. 

Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina ketika berucap pada upacara itu menyatakan bahawa pembukaan laluan kereta api tersebut menandakan permulaan satu era baharu.

"Penantian lama penduduk Cox's Bazar kini menjadi kenyataan," kata Hasina, sambil turut menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada semua individu yang terlibat dalam menjayakan projek tersebut. 

Ketua Pengurus China Civil Engineering Construction Bangladesh Limited, Ke Changliang memberitahu bahawa projek laluan kereta api Dohazari-Cox's Bazar telah memberi dorongan kepada peningkatan tahap pembinaan infrastruktur tempatan, dan memperlihatkan konsep "bermuafakat, membina bersama dan berkongsi" daripada inisiatif Jalur dan Laluan (BRI). 

Untuk rekod, projek kereta api Dohazari-Cox's Bazar merupakan salah satu daripada sepuluh projek pembangunan utama di Bangladesh dan merupakan komponen penting dari Koridor Ekonomi Bangladesh-China-India-Myanmar. Projek ini dibina dengan kerjasama China Civil Engineering Construction Corporation (CCECC) and the China Railway Group Limited (CREC). 

Dengan pembukaan laluan tersebut, masa perjalanan dari pelabuhan terbesar Bangladesh Chittagong, ke kota sempadan Bangladesh-Myanmar Cox's Bazar akan dipendekkan dari kira-kira 6 jam kepada 2 jam.

Laluan yang merupakan sebahagian penting dari jaringan kereta api Pan Asia, dijangka akan memberikan impak positif terhadap pembangunan ekonomi di Bangladesh bahkan Asia Selatan untuk jangka masa panjang.