PBB Seru Hentikan Serangan Terhadap Hospital di Gaza
Tabung Populasi PBB (UNFPA), Tabung Kanak-kanak PBB (UNICEF) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bersama-sama mengeluarkan kenyataan untuk menyeru agar diambil tindakan antarabangsa kecemasan bagi mendesak Israel menghentikan serang berterusan terhadap hospital di Gaza.
Menurut kenyataan tersebut, serangan yang menyasarkan beberapa hospital di utara Gaza dan bandar Gaza serta kawasan berhampiran dengannya telah mengakibatkan kematian dalam bilangan besar termasuk kanak-kanak. Pada masa yang sama, konflik sengit yang berlaku di sekitar hospital utara Gaza pula telah menghalang kelancaran laluan keselamatan untuk ahli perubatan, mangsa tercedera dan pesakit-pesakit lain.