Tinjauan Umum: 86% Responden Sokong Kembangkan Hubungan China-AS

2023-11-13 15:42:04  CRI
Share with:

Hasil tinjauan pendapat umum yang dilakukan secara dalam talian oleh Rangkaian Televisyen Global China (CGTN) baru-baru ini mendapati, sebanyak 86% responden global berpendapat, mendorong perkembangan hubungan China-Amerika Syarikat (AS) ke arah yang sihat dan stabil tidak boleh hanya bercakap kosong, sebaliknya perlu bertindak pantas melaksanakan pelbagai konsensus yang tercapai oleh pemimpin kedua-dua negara dalam pertemuan di Pulau Bali. Jumlah responden yang memegang pandangan ini meningkat sebanyak 4.1% berbanding tinjauan umum yang dijalankan pada bulan Julai. 

Sebanyak 91.2% responden berpendapat, sikap saling menghormati, mengadakan hubungan yang sama kedudukan serta menghormati kepentingan teras dan keperihatinan utama masing-masing diperlukan untuk memastikan hubungan China-AS berkembang dengan baik. Pada masa yang sama, sebanyak 92% responden berpendapat, hubungan China-AS bukan permainan campur tolak (sama kalah), sebarang percubaan untuk mengubahsuai dan menindas pihak yang lain adalah tidak realistik, dan hak serta kepentingan suatu pihak tidak boleh dirampas demi pembangunan pihak lain. 

Difahamkan, tinjauan umum ini dilakukan CGTN dalam lima bahasa yang melibatkan Inggeris, Sepanyol, Perancis, Arab dan Rusia dan mendapat undi dari lebih 10 ribu responden dalam tempoh 24 jam. CGTN telah menjalankan tinjauan umum mengenai hubungan China-AS sebanyak tiga kali yang masing-masing pada bulan Februari, Julai dan November tahun ini, yang merupakan wahana bagi lebih 70 ribu netizen global mengundi dan menyuarakan pandangan.