Mesyuarat Agensi PBB Bincang Tangani Pencemaran Plastik

2023-11-14 12:04:39  CRI
Share with:

Mesyuarat ketiga Jawatankuasa Rundingan Antara Kerajaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) diadakan di Nairobi, Kenya bermula Isnin waktu tempatan, dengan tujuannya menggubal satu perjanjian yang berkuatkuasa di arena antarabangsa demi penanganan masalah pencemaran plastik.

Dilaporkan, mesyuarat yang akan berlangsung selama tujuh hari ini akan meneruskan rundingan berdasarkan draf yang digubal dalam dua mesyuarat edisi lalu.  Program Alam Sekitar PBB menyatakan bahawa sampah plastik sejagat mencatat sebanyak 400 juta tan setiap tahun, dan angka ini akan bertambah sekali ganda menjelang tahun 2040 jika masalah ini tidak ditangani dengan tindakan pantas. 

Sebelum mesyuarat di Nairobi tersebut, PBB pernah mengadakan dua mesyuarat yang masing-masing di Punta del Este, Uruguay pada November tahun 2022 dan di Paris, Perancis pada Mei tahun 2023.