Xi Ucap Tahniah atas Ulang Tahun Ke-10 Cross-Strait CEO Summit

2023-11-14 15:34:54  CRI
Share with:

Sidang Kemuncak Ketua Pegawai Eksekutif Kedua-dua Pantai Selat Taiwan  (Cross-Strait CEO Summit) diharap kondusif bagi penyatupaduan kalangan perusahaan serta ahli industri dan perdagangan, di samping menyumbang kepada ekonomi bangsa China yang utuh demi kesejahteraan saudara setanah air dan penyatuan semula nusa dan bangsa.

Demikian dinyatakan Presiden China, Xi Jinping dalam surat tahniahnya kepada sidang tahunan ke-10 Sidang Kemuncak CEO Kedua-dua Pantai Selat Taiwan pada hari ini.

Menurut beliau, ekonomi kedua-dua pantai Selat Taiwan mempunyai kebersamaan dalam naratif ekonomi bangsa China, sedangkan saudara setanah air merupakan sebahagian dalam komuniti berkongsi nasib. Sidang Kemuncak CEO Kedua-dua Pantai sudah menjadi wahana pertukaran dan kerjasama yang penting bagi sektor korporat serta ahli industri dan perdagangan, dan memainkan peranan besar dalam menggalakkan kerjasama ekonomi dan membina keserasian untuk merancakkan pembangunan.

Untuk rekod, sidang tahunan untuk menyambut ulang tahun ke-10 Cross-Strait CEO Summit  yang bertemakan "Membina keserasian dan Rancakkan Pembangunan Berkualiti Tinggi pada Situasi Baharu" telah dirasmikan di Nanjing, provinsi Jiangsu hari ini.