Xi Berlepas Menuju ke San Francisco untuk Pertemuan Pemimpin China-AS dan Mesyuarat Pemimpin APEC

2023-11-14 19:53:40  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping bertolak dari Beijing menuju ke San Francisco,Amerika Syarikat (AS) dengan menaiki kapal terbang khas pada Selasa untuk menghadiri pertemuan pemimpin China-AS dan mesyuarat pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) ke-30.

Lawatan Xi tersebut dilakukan atas undangan Presiden AS Joe Biden.