Kelompok Pempamer China Menyerlah dalam Pameran Peralatan Perubatan di Jerman

2023-11-14 14:23:31  CRI
Share with:

Kelompok pempamer China yang terdiri daripada lebih 1,400 perusahaan menyerlah dalam Pameran Peralatan dan Kelengkapan Perubatan Antarabangsa Dusseldorf yang dimulakan semalam di Jerman.

Dimaklumkan, temasya yang akan berlangsung selama empat hari itu menyaksikan penglibatan lebih 5,500 syarikat dari 70 buah negara dan rantau yang menumpu kepada pameran produk dan perkhidmatan mereka dalam lima bidang termasuk peralatan dan kelengkapan perubatan, analisis dan dianosis dalam makmal, perubatan elektronik, barang penggunaan perubatan, fisioterapi dan ortopedik. 

Selain itu, lebih 200 forum dan ceramah akan dianjurkan bagi membincangkan aplikasi dan pembangunan data raya dan perubatan mudah alih.