Semarakkan "Semangat Keluarga Besar APEC"

2023-11-14 15:05:18  CRI
Share with:

Atas undangan Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden, Presiden China Xi Jinping akan menyertai pertemuan pemimpin China-AS di San Francisco dan menghadiri sidang pemimpin tidak rasmi ke-30 Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) pada 14 hingga 17 November ini.

APEC merupakan salah satu organisasi kerjasama serantau yang paling besar di dunia dan disertai oleh 21 anggota. APEC juga merupakan organisasi kerjasama ekonomi serantau yang pertama dianggotai China sejak negara ini melaksanakan dasar pembaharuan dan pintu terbuka. China berulang kali menyarankan negara-negara berkaitan agar menyemarakkan "semangat keluarga besar", dalam persidangan APEC.

Sejak 2013, Presiden Xi Jinping ketika berucap pada sidang kemuncak APEC menyatakan, China mengesyorkan untuk memperkasakan kerjasama di rantau Asia Pasifik, mendorong pembangunan di rantau ini dengan sumbangan China, mencapai konsensus dengan kebijakan China, mendorong pihak-pihak berkenaan bersama-sama membina komuniti berkongsi nasib Asia Pasifik yang terbuka, inklusif, inovatif, berkembang, saling hubung dan sama menang.

Dalam keluarga besar APEC, Xi tetap menegaskan peri pentingnya keterbukaan, kerjasama dan pembangunan. Beliau menyeru pelbagai anggota lain agar berganding bahu untuk mencipta masa depan APEC yang lebih cerah.

Pembangunan China mendapat manfaat daripada pembangunan rantau Asia Pasifik, dan pada masa sama pembangunan China juga menyumbang kepada rantau ini. 

Pada 17 November 2022, Presiden Xi dalam ucapan bertulis pada sidang kemuncak industri dan perdagangan APEC mengumumkan, China akan teguh mendorong pembinaan komuniti berkongsi nasib Asia Pasifik serta menyumbang lebih banyak tenaga kepada kestabilan dan kemakmuran di rantau ini.