Forum Kerjasama Think Tank China-Eropah-AS Buka Tirai di Paris

2023-11-14 15:19:02  CRI
Share with:

Sebagai salah satu aktiviti sambutan Ulang Tahun ke-60 Hubungan Diplomatik China-Perancis yang bakal tiba tahun depan, "Forum Kerjasama Think Tank China-Eropah-AS · Dialog Paris 2023" anjuran bersama Akademi Pengajian China dan Dunia Kontemporari (ACCWS) di bawah Kumpulan Komunikasi Antarabangsa China (CICG) dan Inisiatif Global China-Eropah-AS telah membuka tirai di Paris semalam.

Forum yang bertema "Tingkatkan interaksi dan saling belajar sesama tamadun, mendorong keamanan dan pembangunan berterusan" itu,  memfokuskan perbincangan melibatkan empat topik termasuk "Dialog Olimpik Beijing-Paris: Wariskan Semangat Sukan Olimpik, Bincangkan Tadbir Urus Global", "Keselamatan dan Pembangunan Global: Golongan Belia yang Beraksi", "Hormati Kepelbagaian Tamadun Dunia, Amalkan Nilai Inklusif dan Saling Belajar Sesama Tamadun", "Dialog Tamadun dan Kerjasama Ekonomi, Gariskan Visi Baharu Modenisasi".

Presiden CICG, Du Zhanyuan, dan Pengerusi Jawatankuasa Perlembagaan Perancis yang juga bekas Perdana Menteri negara itu, Laurent Fabius telah menghadiri dan menyampaikan ucapan dalam forum tersebut. Selain itu, seramai lebih 40 orang tokoh kalangan politik, pendidikan, sukan dan kesenian dari China, Perancis dan AS, pakar dan sarjana dari Think Tank China-Perancis telah mengadakan perbincangan dan interaksi ketika berlangsungnya forum tersebut.

Du dalam ucapannya mengatakan bahawa sebagai wakil tamadun dari Barat dan Timur, dialog dan interaksi antara kedua-dua pihak China dan Perancis bukan sahaja dapat meningkatkan persefahaman dan pengetahuan antara rakyat kedua-dua negara sehingga memberi manfaat kepada hubungan China-Perancis, malah juga dapat memperlihatkan gambaran baik tentang tamdun Timur dan Barat yang saling menghormati, hidup dalam suasana harmoni dan meraikan perbezaan yang dilihat sebagai penggerak positif bagi pembangunan masyarakat antarabangsa yang stabil.