Sumbang kepada Komuniti Berkongsi Nasib China-Afrika

2023-11-14 16:05:57  CRI
Share with:

Majlis Ekonomi dan Sosial China dan Gabungan Majlis Ekonomi dan Sosial Afrika mengadakan mesyuarat meja bulat ketiga di Beijing pada Isnin, diserikan dengan lebih 50 tetamu dari dalam dan luar China yang menumpu kepada perbincangan mengenai "pembinaan bersama yang berkualiti tinggi dalam kerangka Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), kolaborasi membentuk komuniti berkongsi nasib China-Afrika era baharu". 

Pengerusi Majlis Ekonomi dan Sosial China, Zhang Qingli menyatakan bahawa China dan Afrika dikehendaki menyemarakkan semangat kerjasama, menyuburkan persahabatan, menambah pertukaran pengalaman, memfokuskan kerjasama yang substantif, mengamalkan multilateralisme, dengan aktif mendorong pelaksanaan Inisiatif Pembangunan Global, Inisiatif Keselamatan Global dan Inisiatif Peradaban Global serta pelaksanaan hasil yang tercapai dalam Forum Kemuncak Kerjasama Antarabangsa BRI edisi ketiga supaya dapat memberi sumbangan kepada pembinaan komuniti berkognsi nasib China-Afrika yang holistik.

Turut hadir, perwakilan majlis ekonomi dan sosial dari lapan buah negara Afrika yang termasuk Maghribi, Benin, Burkina Faso, Congo, Coate d'Ivoire, Mali, Senegal dan Afrika Tengah.