Pembukaan Pintu Keluar Masuk Lizi akan Galak Perdagangan China-Asia Selatan

2023-11-14 15:26:57  CRI
Share with:

 Pintu keluar masuk Lizi yang terletak di sempadan China dan Nepal dibuka secara rasmi pada Isnin.

Pintu masuk yang terletak di laluan perdagangan baharu China-Asia Selatan itu dijangka akan menggalakkan perdangan antara China dengan negara-negara serantau khususnya di zon kerjasama ekonomi Lingkaran Himalaya. 

Terletak di wilayah Tibet, pintu keluar masuk Lizi yang terletak di tempat beraltitud 4,772 meter itu merupakan pintu masuk beraltitud paling tinggi di Tibet. Ia berhadapan dengan pintu masuk Nechung Nepal dan berjarak 452 kilometer dari ibu kota Nepal Kathmandu, dan 251 kilometer dari bandar raya Pokhara di Nepal.

Pintu masuk Lizi dilengkapi dengan lapan laluan pengembara dan dua laluan kenderaan. 

Pintu Lizi merupakan pintu masuk darat keempat di wilayah Tibet selepas pintu Zhangmu, Jilong and Pulan. Pembukaan pintu Lizi akan melengkapkan susun atur pintu masuk di Tibet dan keterbukaan wilayah autonomi berkenaan, sekali gus menggalakkan kerjasama perdagangan China dengan luar negara.