Goldman Sachs, UBS AG Optimis Prospek Ekonomi China

2023-11-15 11:30:42  CRI
Share with:

Menurut laporan dikeluarkan oleh beberapa agensi kewangan pelaburan asing seperti Goldman Sachs dan UBS AG, prospek ekonomi China 2024 terus membaik berkat tiga penggerak, iaitu penggunaan kekal pulih, pelaburan terus meningkat dan pengeksportan diperbaiki lagi.

Dalam konteks penggunaan, laporan "prospek ekonomi makro China 2024" hasilan Goldman Sachs menunjukkan bahawa penggunaan China pada tahun depan dijangka akan kekal pulih sepertimana membabitkan tahun 2023. Ketua ahli ekonomi Goldman Sachs bagi zon China, Shan Hui berkata, peningkatan penggunaan yang pesat merupakan penggerak penting bagi pertumbuhan ekonomi China.

Laporan UBS AG yang bertajuk "prospek ekonomi China 2024-2025" pula menunjukkan bahawa penggunaan dan industri perkhidmatan China pada 2024 dijangka akan meneruskan trend pemulihan yang bermula tempoh pasca wabak COVID-19. Pendapatan perkapita seluruh negara pada 9 bulan pertama tahun ini telah meningkat 5.9% berbanding tempoh yang sama tahun yang lalu.

Pada aspek pelaburan, Goldman Sachs pula menunjukkan industri perkilangan dan pelaburan infrastruktur China pada 2024 dijangka akan menjadi lebih pesat lagi di bawah sokongan dasar monetari yang kondusif.

UBS AG pula berpendapat bahawa terdapat sejumlah bidang seperti pelaburan sumber tenaga baharu, projek kawalan banjir, jaringan lalu lintas bandar, utiliti dan kemudahan awam, yang dilihat mempunyai potensi besar dalam pertumbuhannya.

Dalam bidang industri perkilangan, pelaburan melibatkan transformasi mesra alam dijangka kekal berkembang pesat, manakala pelaburan berkaitan rantai pembekalan sains dan teknologi dijangka akan membaikpulih.