China Kemukakan Usul Berhubung CBAM dalam Sesi Tahunan WTO

2023-11-15 13:26:54  CRI
Share with:

China mengemukakan usul berhubung "Isu Dasar yang akan Dibincangkan Pelbagai Hala mengenai Mekanisme Pelarasan Sempadan Karbon (CBAM)" pada sesi tahunan ketiga Jawatankuasa Perdagangan dan Alam Sekitar Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) 2023 yang berlangsung di Geneva dari 13 hingga 14 Nov lalu.

Usul itu sebagai tambahan kepada usul-usul berkaitan yang dikemukakan China pada Mac dan Jun tahun ini.

Dengan menumpu kepada isu-isu dasar yang berkaitan dengan CBAM, China juga mengemukakan beberapa isu khas dalam usul itu untuk dibincangkan pelbagai hala secara terperinci. 

Isu-isu yang berkaitan dengan CBAM sentiasa menjadi fokus perbincangan dalam Jawatankuasa Perdagangan dan Alam Sekitar WTO. China membuat pembentangan mengenai usul itu pada sidang kali ini dan turut mendapat sambutan yang meluas. Anggota utama WTO dalam kalangan negara membangun yang melibatkan Brazil, India, Rusia dan Turkiye menyifatkan usul yang dikemukakan China tersebut sebagai konstruktif dan bersedia untuk berbincang  bersama China dengan lebih lanjut.