Ekonomi China Kekal Pulih pada Suku Keempat

2023-11-15 17:07:19  CRI
Share with:

Mesyuarat Menteri Kewangan Pertubuhan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) ke-30 telah diadakan di bandar San Francisco, Amerika Syarikat (AS) pada 12 hingga 13 November lalu. Perbincangan yang disentuh adalah isu situasi kewangan ekonomi global dan serantau, ilmu ekonomi tentang sektor pembekalan moden, kewangan berterusan dan aset digital.

Menteri Kewangan China, Lan Foan menyatakan bahawa pelbagai pihak perlu meningkatkan penyelarasan dalam pelaksanaan dasar ekonomi makro, mendorong pelaburan dan perdagangan berkembang ke arah yang lebih mudah dan bebas, membentuk rantai pembekalan dan perindustrian serantau yang lebih rapat dan merancakkan ekonomi yang terbuka dalam senario Asia Pasifik bahkan dunia.

Sejak tahun ini, ekonomi China terus melantun ke arah yang positif dan trend itu semakin menonjol pada suku ketiga. Sehubungan itu, pertumbuhan ekonomi China dijangka kekal baik untuk suku keempat. China tetap enjin penting bagi keekonomi dunia berkembang dengan stabil.

Lan berkata, China akan giat mendorong lapan tindakan untuk memacu pembinaan bersama yang berkualiti tinggi dalam kerangka Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), menyokong entiti ekonomi Asia Pasifik memperhalusi pembaharuan terhadap sektor pembekalan, mempercepat proses modenisasi supaya mencetuskan momentum baharu terhadap pembangunan bersama di pentas global.

Selain itu, Lan juga memperkenalkan pengalaman China dalam memperjuangkan matlamat penyahkarbonan dan peneutralan karbon serta pembangunan kewangan berterusan, menyeru pelbagai entiti ekonomi APEC agar meningkatkan kerjasama, bertindak mendorong pembangunan hijau serantau dan transformasi penggunaan sumber tenaga demi menyumbang kepada pelaksanaan agenda pembangunan berterusan 2030.