Xi Mendapat Sambutan Hangat di Lapangan Terbang San Francisco

2023-11-15 13:16:31  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping tiba di San Francisco, Amerika Syarikat (AS) dengan menaiki kapal terbang khas pada petang 14 November waktu tempatan. Atas undangan rakan sejawatnya dari AS, Joe Biden, beliau akan menghadiri pertemuan pemimpin China-AS dan mesyuarat pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) ke-30 di sana.

Ketibaan Presiden Xi disambut hangat oleh barisan pegawail kerajaan AS antaranya termasuk Gabenor California, Gavin Newsom dan Setiausaha Perbendaharaan, Janet L. Yellen.